Majlis Apresiasi Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Tahun 2025

Majlis Apresiasi Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Tahun 2025 telah berlangsung pada 2 Oktober 2025 bertempat di Dewan Dato’ Hj. Hamzah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.

Majlis dirasmikan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan dan turut dihadiri Puan Nurul Husna binti Mustafa, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Pengisian majlis meliputi Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Guru Kadet Bomba, penyampaian sijil penghargaan jurulatih Kadet Bomba, penyampaian hadiah peringkat kebangsaan, sesi bergambar dan jamuan bersama tetamu. Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan turut dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan.

Majlis Apresiasi ini sebagai tanda penghargaan dan meraikan kejayaan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan yang dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali-30 Tahun 2025.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima penghargaan! Semoga terus komited melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berani dan berbakti kepada masyarakat.

en_USEnglish