Majlis Apresiasi JBPM Negeri Sembilan 2024/2025

🗓️ 13 Jun 2025

📍 Tasik Villa International Resort, Port Dickson

👖 Tema : Denim

Majlis Apresiasi JBPM Negeri Sembilan yang berlangsung pada 13 Jun 2025 telah berjaya diraikan dalam suasana penuh kesyukuran, semangat kekeluargaan, dan rasa penghargaan yang mendalam. Bertempat di Tasik Villa International Resort, Port Dickson, majlis ini diadakan sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap jasa dan komitmen seluruh warga bomba Negeri Sembilan yang telah menunjukkan dedikasi luar biasa sepanjang tahun.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan, warga kerja JBPM negeri sembilan, serta tetamu jemputan. Pelbagai acara telah diadakan termasuk penyampaian sijil penghargaan, anugerah kecemerlangan, persembahan istimewa, dan sesi cabuatan bertuah.

Selain menghargai sumbangan yang telah diberikan, majlis ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat setiakawan, dan menyuntik motivasi kepada seluruh anggota JBPM agar terus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menerima anugerah serta penghargaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran yang setimpal.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga JBPM Negeri Sembilan terus maju, cemerlang dan dihormati sebagai barisan hadapan keselamatan yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

en_USEnglish