14 Ogos 2025 (Khamis) – YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama YS PKPjB Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke kediaman Pesara Anggota, Encik Roselan bin Harun berumur 64 tahun. Balai terakhir beliau berkhidmat ialah Balai Bomba dan Penyelamat Senawang.
Encik Roselan kini sedang berehat di rumah selepas mengalami masalah kesihatan (minor stroke). Ziarah ini sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat, di samping memberi sokongan moral serta mendoakan agar beliau diberi kesembuhan dan kekuatan.










