Kursus Canva Siri 1 Tahun 2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Kursus Canva Siri 1 Tahun 2025 pada 2 – 3 Julai 2025, bertempat di Makmal Komputer, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas. Kursus ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Puan Nurul Hafizah binti Hamzah dari ILP Pedas.

Kursus ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran warga JBPM Negeri Sembilan dalam bidang reka bentuk grafik, khususnya melalui penggunaan platform Canva sebagai medium penyampaian maklumat yang lebih kreatif dan berimpak.

Majlis penutup telah disempurnakan pada 3 Julai 2025, jam 4.00 petang oleh PgB Mohd Hafiz bin Mohd Shariff, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah Operasi SDTEC JTM Kampus Pedas, Puan Norhazlina binti Nordin.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang aktif sepanjang kursus ini.

en_USEnglish