Kunjungan Hormat daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sembilan

Pada 12 Ogos 2025 (Selasa), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah menerima Kunjungan Hormat daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sembilan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.

RELA Negeri Sembilan diketuai oleh PPjKR Senin bin Sadie, Pengarah RELA Negeri Sembilan, bersama pegawai kanan beliau. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YS PPjB Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, bersama Penolong Pengarah Bahagian.

Pertemuan ini menjadi medan perbincangan bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara JBPM dan RELA, khususnya dalam aspek keselamatan awam, pengurusan bencana, dan operasi menyelamat di Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada pihak RELA Negeri Sembilan atas kunjungan dan komitmen dalam memperkasakan kerjasama demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

en_USEnglish