KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN KE IBUPEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Pada 29 Mei 2025, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kunjungan ini diketuai oleh Dato’ Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, yang disambut mesra oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Pertemuan ini diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua jabatan, khususnya dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan. Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan.

en_USEnglish