KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2025

🌊 KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2025 🌊

Sempena Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia

📍 d‘Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban

📅 31 Julai 2025 (Khamis)

Alhamdulillah, Kempen Keselamatan Aktiviti di Air 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

dengan kehadiran Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad.

💡 Antara pengisian menarik program ini:

✅ Program Jom Pandai Berenang

✅ Pertandingan Mewarna KBoC

✅ Gimik perasmian & tayangan montaj

✅ Penyerahan bot penyelamat komuniti

✅ Pertunjukan simulasi asas renang & penyelamatan

✅ Lawatan pameran & sidang media

🤝 Agensi-agensi yang turut menjayakan program ini:

🔸 Pasukan Polis Marin

🔸 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

🔸 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

🔸 Kementerian Kesihatan Malaysia

🔸 PBT & agensi kerajaan lain

🔸 Komuniti setempat & pengusaha swasta

✨ “Anyone can drown, no one should” – marilah kita sama-sama memupuk budaya keselamatan air dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih dan tahniah kepada semua agensi, petugas dan peserta atas komitmen menjayakan kempen ini. Semoga usaha ini memberi kesan positif dalam mengurangkan insiden lemas di Malaysia. 🙌🏻

525956570 1175479397944963 1651870662999020092 n
en_USEnglish