Pada 14 Mei 2025, telah berlangsung Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan, bersama YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan serta Puan Zuraidah binti Samsudin, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (PERISMA).
Program ini turut dihadiri pelbagai agensi penting termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, serta persatuan suri rumah kerajaan seperti BAKAT, PERKEP, PEWAKAS, PERSIAP (Persatuan Wanita di Institusi Penjara), dan PUSPANITA. Kehadiran pelbagai pihak ini menzahirkan kerjasama erat dalam meningkatkan kesedaran keselamatan awam secara menyeluruh.
Antara aktiviti menarik sepanjang program ialah:
Pameran Keselamatan Kebakaran
Demonstrasi Api Dapur dan Penggunaan Alat Pemadam Api
Taklimat Keselamatan Kebakaran
Aktiviti Flying Fox bagi Meningkatkan Keyakinan Diri
Sesi Bergambar dan Penyampaian Cenderahati
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan menyokong usaha ini dalam memupuk kesedaran serta meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan isteri, suri rumah, dan keluarga.









