JBPMNS FC has won the inaugural edition of the Negeri Sembilan Departmental Invitational League for the year 2024/2025

20 Feb 2025 – JBPMNS FC telah menjuarai Liga Jemputan Jabatan Negeri Sembilan Edisi Sulung Tahun 2024/2025. Terdapat 10 pasukan yang menyertai liga tersebut dan JBPM NS FC telah membawa Piala Pusingan dan Piala Iringan. Majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh YS Pengarah, Timbalan Pengarah, PPON, Pegawai Kanan dan Warga JBPMNS

Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada PBB Muhammad Nurfaizriee bin Jamari daripada BBP Rantau yang telah membawa gelaran Penjaga Gol Terbaik dalam perlawanan tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan, Pengurus, Jurulatih dan Pemain yang telah memberi komitmen yang tinggi. Tidak lupa juga pemain no 12(penyokong) yang telah memberi sokongan yang penuh semangat.

en_USEnglish