Hari Cuci Malaysia 2025 | Gotong-Royong Mega Satukan Malaysia Demi Kebersihan Negara

Hari Cuci Malaysia 2025 | Gotong-Royong Mega Satukan Malaysia Demi Kebersihan Negara

Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson dan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming.

Program kebersihan berskala nasional ini melibatkan lebih 181 lokasi di seluruh negara dengan penyertaan melebihi 100,000 peserta, menjadikannya simbol perpaduan rakyat dalam membudayakan kebersihan demi masa depan negara yang lebih hijau, bersih dan sejahtera.

Tahun ini, KPKT bersama rakan strategik menyasarkan penciptaan dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR):

✅ Gotong-royong teramai 100,000 peserta serentak di seluruh negara

✅ Pengumpulan minyak masak terpakai terbanyak dalam satu hari sekurang-kurangnya 3,000kg

JBPM Negeri Sembilan turut menyertai dan memeriahkan program ini melalui:

🔸 Penganjuran pertandingan mewarna sebagai aktiviti komuniti dan pendidikan awal mengenai kebersihan

🔸 Persembahan istimewa oleh Fire Band JBPM Negeri Sembilan yang menarik perhatian para pengunjung

🔸 Pembukaan booth pameran sebagai komitmen menyokong budaya kebersihan nasional

Penyertaan agensi kerajaan, PBT, komuniti, syarikat swasta, NGO serta rakan strategik lain turut memperkukuh aspirasi kebersihan dan kelestarian negara.

Mari kita jayakan #HariCuciMalaysia2025 bukan sekadar aktiviti pembersihan, tetapi gerakan nasional demi kesejahteraan rakyat dan kemampanan bumi tercinta.

en_USEnglish