Hari ini, 05 Oktober 2025 (Ahad), berlangsungnya Field Training Exercise (FTX) Latih Amal Pengurusan Krisis Ex-Perpatih di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Latih amal anjuran Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan ini melibatkan pasukan dan pegawai dari JBPM Negeri Sembilan. Pegawai-pegawai penilai dan pemerhati dilantik bagi menilai setiap pelaksanaan dan tanggungjawab dalam organisasi perintah dan kawalan.
Ini adalah langkah proaktif dalam memastikan tindak balas krisis yang lebih bersepadu dan berkesan.











