Tayangan Filem Legasi Bomba The Movie ![]()
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan menyaksikan tayangan Filem “Legasi Bomba The Movie” bertempat di AEON Bandaraya Melaka pada 20 September 2025 (Sabtu).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Mantan Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Kumpulan Multimedia; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YS TPjB Tuan Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi JBPM; YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis. Pengarah Bahagian Udara JBPM; YS PPjB Mohd Zaidi bin Haji Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka bersama warga bomba Melaka.
Filem ini memaparkan kisah keberanian, pengorbanan serta semangat juang anggota bomba dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan rakyat dan negara.
Turut diadakan demostrasi oleh Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) Bomba Malaysia.
Legasi Terus Dikenang, Pengorbanan Tiada Tandingan ![]()







