SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2025

Kontinjen JBPM Melaka telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dengan kekuatan seramai 40 orang anggota dan pegawai.

Perarakan ini diketuai oleh YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka, bermula dari Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka.

Sambutan ini menjadi wadah memperkukuh semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memupuk ukhuwah sesama masyarakat.

#JBPMMelaka#MaulidurRasul1447H#Bombamalaysia

en_USEnglish