Tarikh : 8 Julai 2025
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka
Program Pengukuhan Integriti JBPM Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka.
Majlis diserikan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Negeri Melaka dan disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.
Program ini mencerminkan komitmen tinggi warga JBPM Melaka dalam memupuk budaya kerja berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang bersih, cekap dan amanah.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia







