10 Jun 2025 (Selasa) 13 Zulhijjah 1446 Hijrah.
Program Ibadah Korban JBPM Negeri Melaka 1446H / 2025M
Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Melaka.
Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan dan penyertaan warga Bomba Melaka dalam usaha mengimarahkan ibadah korban serta memperkukuh silaturahim sesama warga kerja.
Aktiviti penyembelihan, melapah, dan agihan daging korban telah dijalankan secara gotong-royong oleh anggota bomba dan kakitangan yang terlibat. Semangat kerjasama dan kekeluargaan jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Semoga segala amalan dan pengorbanan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia





