MAJLIS PENUTUPAN HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN 2025 JBPM MELAKA

🔥 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN SEDUNIA PERINGKAT JBPM NEGERI MELAKA 2025 🔥

Majlis Penutupan Program Hari Pencegahan Kebakaran Sedunia Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Zulkifli bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)

⏰ Masa: 12.00 tengah hari

📍 Tempat: Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah, Melaka

Turut hadir YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka, diiringi Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai Bomba Negeri Melaka.

Program ini merupakan inisiatif berterusan JBPM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pencegahan kebakaran serta memperkukuh hubungan antara pihak bomba dan komuniti setempat.

#BombaMelaka#HariPencegahanKebakaranSedunia#JBPMMelaka#BombaDanKomuniti#FireSafetyAwareness#KitaSelamatBersama

en_USEnglish