7 Oktober 2025 (Selasa)
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Putrajaya.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka, R.Saiful Iswandy bin R.Hassan Timbalan Pengarah JBPM Melaka serta pegawai-pegawai kanan JBPM Melaka.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan serta memahami dengan lebih dekat fungsi dan peranan JBPM dalam aspek keselamatan awam dan kesiapsiagaan kecemasan di peringkat nasional.
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia










