MELAKA FIRE BRIGADE CENTER TRAINING ![]()
Persediaan Menghadapi Pertandingan Peringkat Kebangsaan di Perlis
Tarikh Latihan: 16 – 20 Jun 2025 (bermalam)
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh
Peserta: 32 orang pelajar Politeknik Merlimau Melaka
Pasukan Briged Bomba Politeknik Merlimau menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Pertandingan Briged Bomba Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang akan berlangsung di Perlis pada 20 – 24 Jun 2025.
Latihan intensif ini dikendalikan oleh anggota terlatih BBP Ayer Keroh dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas kebombaan, kerjasama berpasukan serta tahap kesiapsiagaan fizikal dan mental para peserta.
JBPM Melaka mendoakan kejayaan pasukan dan semoga membawa pulang kemenangan yang membanggakan!
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia














