DIALOG BERSAMA PSP DAN KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API

Program Dialog bersama PSP dan Kontraktor Penyelenggaraan Alat Pemadam Api telah diadakan bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama serta meningkatkan kefahaman berkenaan pelaksanaan Sistem eFiES dan pemeriksaan fizikal di pusat eFiES.

Dialog ini merupakan sesi yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun, melibatkan Jawatankuasa Pemandu (AJK) serta perbincangan isu-isu berkaitan pelaksanaan dan cabaran dalam penyelenggaraan alat pemadam api.

Program telah diadakan di Freeport A’Famosa Outlet, dengan kehadiran wakil daripada PSP, kontraktor penyelenggaraan, serta pegawai dari Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Melaka.

Inisiatif ini diharap dapat mempertingkatkan keberkesanan sistem penyelenggaraan alat pemadam api serta memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa berada pada tahap optimum di seluruh Negeri Melaka.

#JBPMMelaka#BombaMelaka#eFiES#KeselamatanKebakaran#Bombamalaysia

en_USEnglish