Tarikh : 12 Julai 2025
Tempat : Kompleks Sukan Antarabangsa W.P.Labuan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan telah menyertai Program Sukarelawan Siri 3 sempena Borneo Flora Festival 2025 yang melibatkan pemindahan hasil tanaman bunga semusim dari Padang Membidai ke tapak utama festival.
Penglibatan ini adalah sebahagian daripada usaha menyokong kerjasama antara agensi serta memperkukuh keterlibatan komuniti dalam penganjuran program berskala besar di Wilayah Persekutuan Labuan.

