Tarikh : 30 Mei hingga 1 Jun 2025
Tempat : Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bomba Labuan Rugby Club (BLRC) atas kejayaan membanggakan sebagai Naib Johan Kategori Plate dalam Kejohanan Ragbi Bomba 10’s 2025 yang telah berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 di Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang.
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin tinggi dan kerjasama berpasukan sentiasa menjadi kekuatan utama warga JBPM Labuan – bukan sahaja di lapangan tugas, malah turut menyerlah di pentas sukan kebombaan.