KEBAKARAN MELIBATKAN DUA BUAH RUMAH

Tarikh : 05 September 20222

Alamat : Kpg Rancha-Rancha Laut, W.P. Labuan

Dua buah rumah hangus terbakar 100 peratus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi di Kampung Rancha-Rancha Laut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan memberitahu, panggilan diterima pihaknya kira-kira pukul 3.38 minit petang daripada orang awam yang melihat kejadian itu.

Balai bomba Rancha-Rancha seterusnya diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba selepas 2 minit panggilan diterima.

Kebakaran melibatkan 2 buah rumah jenis tidak kekal itu didiami oleh 4 buah keluarga namun tiada mangsa terlibat semasa kejadian itu berlaku.

Operasi pemadaman api melibatkan 27 orang anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rancha-Rancha, BBP Layangan dan BBP Labuan Sentral.

Ia turut mendapat kerjasama daripada pihak Asian Supply Base dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.12 minit petang iaitu 30 minit selepas kerja-kerja dimulakan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan

Sumber : Facebook BES Labuan

4401397400 8257417524283295 2882505069491154919 n 5501397400 8257417524283295 2882505069491154919 n

6601397400 8257417524283295 2882505069491154919 n 7701397400 8257417524283295 2882505069491154919 n

en_USEnglish