BRIEFING ON THE SOCIAL SECURITY SCHEME FOR HOUSEWIFES FROM KELANTAN SOCSO

Tarikh : 13 Februari 2025 (Khamis)

Masa : 0900 – 1030

Tempat : Dewan Utama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah merasmikan majlis taklimat di atas yang telah disampaikan oleh Encik Hazri Harun, Pegawai Eksekutif Kanan Cawangan Sinergi PERKESO Kelantan.

Sesi taklimat ini ialah platform untuk menyampaikan Skim Perlindungan Sosial untuk Suri Rumah dimana ia meliputi pelbagai manfaat seperti Perlindungan Bencana, Perlindungan Keilatan dan pelbagai faedah lain.

Majlis taklimat ini telah dihadiri oleh 40 orang pegawai Bomba Wanita, pegawai gunasama, dan wakil dari PERISMA Kelantan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah , sesi bergambar dan jamuan ringan.

en_USEnglish