BRIEFING SESSION AND MYDIGITAL ID REGISTRATION FOR THE MALAYSIAN FIRE AND RESCUE DEPARTMENT, KELANTAN STATE

Tarikh : 4 Mac 2024 ( Isnin )

Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan JBPM Negeri Kelantan 

YS PPjB Jainal@Zainal b. Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir ke Sesi Taklimat Dan Pendaftaran MyDigital ID Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Taklimat ini disampaikan oleh MIMOS berhad yang dilantik sebagai Agensi Pelaksanaan. Program ini bertujuan untuk memudahkan proses pengesahan indentiti bagi menjalankan transaksi dan membolehkan urusan perkhidmatan kerajaan dilaksanakan dengan mudah dan cepat.

Taklimat ini turut di hadiri  Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon dan Ketua Balai.

en_USEnglish