Tarikh : 11 Ogos 2025
Masa : 0800 – 1700
Tempat : Perdana Kota Bharu
Bertempat di Dewan Bunga Emas, Perdana Kota Bharu telah berlangsungnya Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) 2025 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan dengan kerjasama HRD Corp dan PESKKEB JBPM Kelantan.
Seminar pada kali ini telah disertai oleh lebih 390 peserta dari 180 premis di seluruh Negeri Kelantan.
Pelbagai tajuk berkaitan telah dibentangkan oleh para penceramah yang terdiri dari gabungan pegawai dari JBPM, HRD Corp dan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Antara pegawai yang hadir ialah YS TPjB Abdul Razak Muda, Pengarah Bahagian Latihan JBPM, PPjB Hafisham Bin Mohd Noor, Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibupejabat JBPM Putrajaya, PKPjB Kamarulzaman Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM, PKPjB Abdul Khair bin Osman, Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibupejabat JBPM Putrajaya , Mr. Muniswaran Erisson dari HRD Corp, Puan Ts. Safiza Binti Salleh dan Puan Ts. Shuhaina Binti Ibrahim dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Alhamdulillah seminar ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta seminar dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) JBPM Negeri Kelantan 2025.

























