MESYUARAT KETUA BAHAGIAN, KETUA ZON , KETUA CAWANGAN DAN KETUA BALAI JBPM NEGERI KELANTAN

Mesyuarat Ketua Bahagian, Ketua Zon, Ketua Cawangan dan Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Bil. 3/2021 pada 30 November 2021, telah dipengerusikan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua Balai membincangkan tentang pelbagai isu antaranya berkaitan Disiplin, EKSA, ESPPK dan SPI, UKTK, SUKBOM dan isu- isu semasa JBPM Negeri Kelantan termasuk persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (Banjir) . Mesyuarat berlangsung di Dewan Utama JBPM Kelantan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 5.45 petang. Terima kasih diucapkan atas komitment tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan mesyuarat ini.

en_USEnglish