Tarikh : 08 SEPTEMBER 2025 (ISNIN)
Masa : 0900 – 1130
Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan perhimpunan tersebut yang telah berlangsung dengan pengisian pelbagai program. Majlis dimulakan pada jam 0900 dengan Tayangan Montaj dan Video oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran, Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Siap Sedia, Setiap Masa dan Bacaan Doa.
YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memberikan ucapan beliau dengan menekankan mengenai Hari Pencegahan Lemas Sedunia yang danjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan slogan ‘Anyone Can Drown, No One Should’. Bomba Komuniti dan Bomba Sukarela dan Organisasi Keselamatan Kebakaran.
Majlis diteruskan dengan acara berikut :
– Penyerahan Manual Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS),
Penyampaian Pingat dan Sijil Bagi :-
– Sijil Perkhidmatan Terpuji (SPT)
– Atlet Takraw SUKBOM 2025
– Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2025 dan Emergency Rescue Team Tok Bali Supply Base (TBSB)
– Penyampaian Sumbangan KOBOPEM kepada Waris Pegawai Jabatan Yang Telah Meninggal Dunia
– Penyampaian Sijil Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI)
– Gimik Penyerahan Bot Kepada Pasukan Bomba Komuniti kepada Bomba Komuniti batu Karang dan Bomba Komuniti Gabungan Tiong Hwa Kelantan
– Penyampaian bendera (flag off) Kontinjen Kadet Bomba Kelantan ke Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Terengganu Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, Sidang Media, jamuan dan para jemputan beransur pulang pada jam 1130.







































