AWARD CEREMONY FOR FIRE SERVICE MEDAL, EXCELLENT SERVICE AWARD (APC) 2024 AND KELANTAN STATE FIRE DEPARTMENT 30 YEARS SERVICE CERTIFICATE

Tarikh : 21.04.2025 (Isnin)

Masa : 0850 – 1130

Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibupejabat JBPM Kelantan

Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh penghargaan pada hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham Bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, diiringi oleh YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan  Seramai 71 pegawai menerima anugerah sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan. 

Penghargaan diberikan kepada 10 pegawai yang menerima Pingat Perkhidmatan Bomba, termasuk Pingat Setia Bomba dan Pingat Cemerlang Bomba. Selain itu, seramai 54 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 7 lagi menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun sebagai tanda penghargaan terhadap kesetiaan mereka dalam perkhidmatan. 

Dalam ucapannya, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Beliau berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Beliau turut menegaskan bahawa reformasi perkhidmatan awam bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agar lebih responsif kepada keperluan masyarakat. Tahniah dan syabas kepada semua penerima.

#MalaysiaCivil

#peaceful

#Kelantan Fire

#DemiPertiwi

#StrongerTogether

#BOMBA

#KPKT Malaysia

#Malaysia Fire and Rescue Department

en_USEnglish