TARIKH: 18/10/2025
HARI: SABTU
TEMPAT : MASJID BRUNEI, RONG CHENOK, PASIR MAS, KELANTAN
MASA: 08:00-15:30
Majlis Perasmian bagi latihan tersebut telah disempurnakan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Turut Hadir bersama ialah PgKB II Aswafaizole Bin Abdul Wahab Timbalan Pengarah JBPM Kelantan, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ketua Zon Dan Ketua Balai . Latihan Bot diadakan bersempena dengan Penyerahan Bot kepada Pasukan Bomba Sukarela yang terlibat.
Berikut adalah PBS yang terlibat :
PBS Rong Chenok
PBS Kota Jembal
PBS Marin Tok Bali
PBS Kuala Nal
PBS Temangan
PBS Guchil
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan & ilmu pengetahuan kepada PBS dalam Pengendalian Bot semasa banjir dan bencana.




















