KURSUS EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT) PEJABAT SULTAN KELANTAN TAHUN 2025

Tarikh : 28 Julai 2025

Masa. : 4.00 Petang

Tempat : Royal Kelantan Kart Circuit (Go-kart)

Gunong, Bachok

PgKB I Aswafaizole bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup Kursus Emergency Response Team (ERT) Pejabat Sultan Kelantan Tahun 2025. Kursus yang telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 27-28 Julai 2025 telah melibatkan seramai 25 orang peserta. Peserta telah didedahkan dengan latihan asas kebombaan seperti latihan menyelamat dan asas kebakaran melibatkan teori dan praktikal. Turut hadir PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, TPgB Zukeri bin Shafie, Ketua Balai BBP Kota Bharu dan PKPgB Ahmad Ridhuan bin Mohamad Ghazali, Ketua Balai BBP Bachok.

That's it, thank you.

en_USEnglish