Bahagian Latihan JBPM Negeri Kelantan dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu telah mengadakan Kursus Asas Renang dan Menyelamat di Air. Kursus ini melibatkan pelajar seramai 55 orang yang mengikuti kursus selama 3 hari iaitu pada 16/10/2025 hingga 18/10/2025 di BBP Pengkalan Kubor. Pelajar yang mengikuti kursus ini diajar secara teori dan praktikal. Ianya juga termasuk subjek modul menyelamat di air.





