KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTAN KE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 24 Disember 2024 (SELASA)

Masa : 1000-1100

Tempat : Kompleks Imigresen Negeri Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Tuan Mohamed Yusoff Khan bin Mohd Hassan, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan.

Fokus kunjungan hormat pada hari ini ialah mengeratkan hubungan serta kerjasama dan mewujudkan persefahaman sesama jabatan, selain itu membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda bagi maksud memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Turut sama hadir ialah PgKB II Mohd Fadhlizil Ikram Bin Ahmad Pauzi, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan

Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan JBPM dan JIM untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan. Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Unit Perhubungan Awam Negeri

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

#MalaysiaCIVIL

#Bomba

#JIM

en_USEnglish