KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI KELANTAN KE ATAS PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Tarikh : 19 Februari 2024 ( Isnin )

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, JBPM Negeri Kelantan

Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke JBPM Negeri Kelantan. YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin bersama Ketua Bahagian, Ketua Zon, Ketua Cawangan dan Pegawai Kanan telah menyambut ketibaan Pengarah bersama 4 Pegawai SPRM yang hadir. Tujuan kunjung hormat adalah untuk mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar pandangan dan memperkemaskan jalinan kerjasama sesama jabatan dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Terdahulu YS Pengarah telah menyampaikan taklimat ringkas kepada Pengarah SPRM dan disusuli dengan sesi soal jawab. Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar.

en_USEnglish