KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN HOTEL BAJET DAN BISNES MALAYSIA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTAN

Tarikh : 15 Oktober 2025 ( RABU)

Masa : 1400 – 1500

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Ibupejabat JBPM Negeri Kelantan

PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari YBrs. Puan Hajah Masdiyah Binti Jemain, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia

Kunjungan hormat tersebut merupakan platform untuk berbincang mengenai garis panduan dan kehendak kehendak kebombaan dan Keselamatan Kebakaran dalam perlaksanaan Hotel Bajet di negeri ini dan mengeratkan hubungan antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan .

Turut sama hadir ialah pegawai – pegawai kanan Ibupejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan.

en_USEnglish