Fire Prevention Day disambut pada 9 Oktober setiap tahun, adalah hari untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran tentang Keselamatan Kebakaran serta memperingati Kebakaran Besar Chicago pada 1871 (Great Chicago Fire 1871), yang bermula pada 8 Oktober. Sejak itu ia dikenali sebagai Minggu Pencegahan Kebakaran di Amerika Utara dan lazimnya memberi tumpuan kepada mendidik orang ramai tentang langkah pencegahan kebakaran dan menggalakkan penyertaan dalam program keselamatan. Kempen ini diselaraskan oleh National Fire Protection Association (NFPA)
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan turut sama menjalankan pelbagai program sebagai salah satu inisiatif program bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025 yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
Penyertaan adalah dalam pelbagai program kesedaran kebakaran di pelbagai lokasi termasuk di Bangunan SUK Negeri Kelantan, Sekolah Kebangsaan Sri Suria 3, Tanah Merah, SMK Dato’ Perdana, Bachok dan Hospital Universiti Sains Malaysia telah menarik sehingga 3500 penyertaan untuk program kali ini.
















