SERAMAI 50 ORANG PEGAWAI BOMBA KE PROGRAM “RELAY FOR LIFE MALAYSIA 2025 – JOHOR” ANJURAN PERSATUAN KANSER KEBANGSAAN MALAYSIA (NCSM)

Johor Bahru, 12 Oktober 2025

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam berkenaan penyakit kanser, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berbesar hati menghantar seramai 50 orang pegawai bomba untuk menyertai program Relay For Life Malaysia 2025 Johor yang dianjurkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Program larian amal ini diadakan pada 12 Oktober 2025 (Ahad) bertempat di Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed Malaysia), dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ia merupakan salah satu inisiatif NCSM dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan pencegahan dan pengesanan awal kanser, selain memperingati para pesakit dan menyokong mereka yang sedang berjuang melawan penyakit ini.
Penyertaan pegawai-pegawai bomba dalam program ini mencerminkan komitmen JBPM bukan sahaja dalam aspek keselamatan awam, tetapi juga dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan yang membawa manfaat besar kepada rakyat Malaysia. Kehadiran mereka juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat solidariti dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
JBPM mengucapkan tahniah kepada NCSM atas penganjuran program ini dan menyeru orang ramai agar turut serta dalam usaha membina komuniti yang lebih sihat dan peka terhadap ancaman kanser.
“Bersama Kita Melangkah, Bersama Kita Prihatin.”

Malaysian Ministry of Health
Fire Channel
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

en_USEnglish