PASUKAN TARIK TALI JBPM JOHOR RAIH NAIB JOHAN HARI SUKAN NEGARA 2025

PASIR GUDANG, 11 Oktober 2025

Pasukan Tarik Tali JBPM Negeri Johor (Bluefire) terus menunjukkan semangat kesukanan dan kekuatan luar biasa apabila berjaya meraih naib johan dalam Pertandingan Tarik Tali sempena Hari Sukan Negara 2025 peringkat Negeri Johor yang diadakan di padang TMIYC, Pasir Gudang hari ini.
Pertandingan yang menghimpunkan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, dan pasukan korporat ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Pasukan Bluefire JBPM Johor menampilkan persembahan mantap dan berdisiplin tinggi sepanjang saingan, sebelum mara ke peringkat akhir menentang pasukan lawan yang turut memberi tentangan hebat.
Kejayaan meraih gelaran Naib Johan ini menjadi bukti kepada kekuatan fizikal dan mental anggota JBPM Johor yang sentiasa berpegang kepada nilai ketahanan, semangat juang dan kerjasama sepasukan — nilai yang turut diterapkan dalam tugas harian mereka sebagai anggota penyelamat.
JBPM Negeri Johor mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh ahli pasukan Bluefire atas kejayaan membanggakan ini, yang sekali lagi mengharumkan nama jabatan di peringkat negeri.

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

en_USEnglish