LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN PERKUKUH KESEDARAN KESELAMATAN DI SK TAMAN PERLING 3 SEMPENA HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN

JOHOR BAHRU, 9 Oktober 2025

Latihan Pengungsian Bangunan yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling 3, di sini hari ini, berjaya meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah terhadap prosedur keselamatan kebakaran.
Latihan dimulakan dengan bunyian loceng kecemasan sebagai isyarat untuk semua pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah mengosongkan bangunan. Namun disebabkan hujan lebat, aktiviti pengungsian terpaksa dijalankan di dewan sekolah sebagai langkah keselamatan.
Selesai pengungsian, semua yang hadir diberikan taklimat post mortem mengenai perjalanan aktiviti tersebut, diikuti dengan penerangan berhubung keselamatan kebakaran serta tatacara penggunaan alat pemadam api. Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada warga sekolah tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan sebenar.
Latihan ini turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, yang diketuai oleh PB Syed Hafez Assadullah bin Syed Ali Hanafiah bersama enam orang anggota. Kehadiran pasukan bomba tersebut membolehkan pelajar serta warga sekolah mendapat penjelasan secara langsung tentang langkah awal menghadapi kebakaran dan prosedur keselamatan diri.

Malaysian Ministry of Health
Malaysian Fire and Rescue Department
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi

en_USEnglish