Pasukan Dart JBPM meneruskan momentum cemerlang mereka pada petang ini (waktu tempatan) di gelanggang berprestij Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC), apabila berjaya menambah lagi koleksi pingat dalam acara Men’s Single Cricket dan Women’s Single Cricket pada temasya World Police & Fire Games 2025 Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Dua atlet hebat yang mengharumkan nama pasukan adalah:
i. Pingat Emas – Women’s Single Cricket
PB Rosbaizuranie binti Bokun
ii. Pingat Perak – Men’s Single Cricket
PBK II Mamat Kilau bin Mohd Ismail
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kehebatan Pasukan Dart JBPM di pentas pertandingan, dan turut meningkatkan jumlah keseluruhan pungutan pingat JBPM kepada lima (5) Emas, satu (1) Perak dan satu (1) Gangsa.
Tahniah dan syabas kepada semua atlet! Teruskan melakar kejayaan demi kejayaan!
