Alhamdulillah, Program Korban Perdana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan pada 9 Jun 2025 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk melaksanakan ibadah korban, tetapi juga mengeratkan ukhuwah antara warga bomba. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Terima juga kepada peserta korban, urus setia, sukarelawan, dan seluruh warga JBPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.













