TARIKH : 09.08.2025
TEMPAT : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan hadir ke lokasi program dan melawat reruai pameran yang terdiri dari pelbagai aktiviti program yang dibanjiri pengunjung seawal 9 pagi untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan terus daripada agensi kerajaan dalam program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 07 Ogos 2025.
Majlis penutupan program kemudiannya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hadir sama ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.









