Tarikh : 14 Julai 2025 (ISNIN)
Masa : 0900 – 1130
Tempat : Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, JBPM Negeri Kelantan
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan perhimpunan tersebut yang telah berlangsung dengan pengisian pelbagai program. Majlis dimulakan pada jam 0900 dengan Tayangan Montaj dan Video oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Siap Sedia, Setiap Masa dan Bacaan Doa.
YS PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah memberikan ucapan beliau dengan menekankan mengenai perlaksanaan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara 2021 – 2030 dan Penganjuran Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Wan Nor Aziemah Wan Zainulddin, Setiausaha Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO),
Penyampaian bendera (flag off) atlet – atlet Sukan Bomba (SUKBOM) 2025 di Pahang, Penyampaian Jentera kepada Persatuan Bomba Sukarela Rong Chenak, Pasir Mas.
Majlis kemudian disambung dengan sesi Ceramah Integriti bertajuk ‘Klik Satu, Seribu Masaalah’ oleh Puan Nordziana Binti Mohd Aripin @ Ab Rahim, Timbalan Pengarah SKMM Negeri Kelantan.


















