Penang Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama dalam aspek keselamatan kebakaran di sektor perindustrian.
Delegasi FMM diketuai oleh Dato Hun Keng Kuan, Timbalan Pengerusi dan disambut oleh Pengarah JBPM Negeri, YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah. Antara yang dibincangkan termasuk pematuhan UBBL, latihan kebakaran berkala, serta cadangan pemeriksaan bersama ke atas premis industri.
Kunjungan ini diharap dapat menjadi platform permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih menyeluruh antara JBPM sebagai industri peneraju bidang kebombaan dengan pihak industri di Pulau Pinang.



