Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

492901062 1111154357712208 8119862761988735364 n

25 Mac 2025 Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Kuliah JBPM Sabah. Pertandingan ini dianjurkan Kelab Rekreasi dan Sukan JBPM Sabah (KERISMA) dengan kerjasama JBPM Sabah.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Laungan Azan dan melibatkan seramai 15 orang peserta dikalangan pegawai Bomba dan pegawai gunasama jabatan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah, YS PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin bersama Timbalan Pengarah PPjB Lizalman bin Abu. serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Majlis yang julung-julung kali diadakan merupakan cetusan idea YS Pengarah bagi mengimarahkan bulan Ramadhan pada kali ini di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga JBPM Sabah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

492001675 1111154924378818 2380312283235317509 n
492364263 1111153444378966 966587802757779787 n
492461791 1111153134378997 2621367773989461655 n
492010912 1111155471045430 1422627856755475496 n
en_USEnglish