Putrajaya – 22 Ogos 2022 : Kunjungan Hormat YS Pengarah JBPM Putrajaya Ke Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Putrajaya

KUNJUNGAN HORMAT YS PENGARAH JBPM PUTRAJAYA KE BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH(BPH) PUTRAJAYA

Isnin, 22 Ogos 2022 – YS Pengarah JBPM Putrajaya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Bahagian( SUB) Gred Utama C Tuan Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar bertempat di BPH Putrajaya. Kunjungan ini selain daripada merapatkan lagi hubungan kedua-dua agensi adalah sebagai tanda terima kasih jabatan diatas kerjasama BPH dalam membantu program-program dan aktiviti JBPM Putrajaya. Didalam perbincangan ini juga pihak BPH amat mengalu-alukan kerjasama Jabatan Bomba dalam mempertingkatkan lagi aspek keselamatan kebakaran terhadap premis-premis dibawah pentadbiran BPH dan YS Pengarah JBPM Putrajaya juga menyentuh berhubung kebajikan kuarters bagi pegawai-pegawai bomba, Bomba Uniti dan latihan bersama pihak BPH. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Timbalan SUB En Sharul Nizam dan En Akhmal manakala JBPM Putrajaya diwakili oleh Penolong Pengarah Operasi Negeri, Penolong Pengarah Pengurusan dan Ketua Unit Perhubungan Awam.

en_USEnglish