29 Jun 2022 (Rabu) Kanowit, Randau Ruai Program Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Fire Point bertempat di RH Awie Sg Maong, Machan Kanowit.

Program diisi dengan ceramah keselamatan kebakaran dan demostrasi tatacara penggunaan alat pemadam api oleh PBK II Mohamad Bin Bujang. Turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan “Hero Bomba” kepada 9 penghuni yang berjaya memadam kebakaran RH Awie pada 25 Mac 2022 yang lalu dan satu unit alat pemadam api oleh Ketua Balai PPgB Arrahman Bin Chik sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit.

en_USEnglish