YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, telah membuat lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim pada Sabtu( 24 April 2021). YS pengarah telah disambut oleh PPgB Mohd Ridzuan bin Ali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan anggota bertugas. Ketua Balai telah memberikan taklimat berkaitan pengoperasian balai dalam sesi lawatan tersebut. YS Pengarah turut beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada semua anggota dalam menghadapi tugas seharian. Turut mengiringi adalan PgB Abu Hassan bin Mohd Nawi, Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai.



