11.1.2024: JBPM Negeri Melaka menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 10.51 pagi melalui talian MERS999 yang berlaku di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang,
Masjid Tanah, Melaka.
Pasukan Bomba daripada BBP Masjid Tanah telah bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT dengan keanggotaan seramai 7 orang sebaik panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Ridhwan bin Khamis. Kemalangan itu melibatkan 3 buah kenderaan iaitu sebuah lori, kereta Perodua Myvi dan Kereta Proton Saga.
Terdapat 4 orang lelaki dewasa yang menaiki kereta Myvi dilaporkan selamat dan pemandu lori iaitu lelaki dewasa turut terselamat dalam kemalangan itu.
Namun, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta Proton Saga, lelaki dewasa dilaporkan telah tersepit dalam kenderaan tersebut.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Bagaimanapun, setelah pegawai perubatan KKM melakukan pemeriksaan,
mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.