Lori tangki minyak terbakar

Lori tangki minyak terbakar

BACHOK: Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Pegawai operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.22 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati sebuah lori tangki minyak sedang terbakar 100 peratus.

“Kebakaran terbabit juga telah melibatkan kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa meminta bantuan tanker daripada Balai Bomba Penyelamat Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tok Bali untuk kerja-kerja memadam kebakaran.

Ujarnya, operasi memadam kebakaran mengambil masa 15 minit dan tamat sepenuhnya jam 9.14 malam.

English EN Malay MS
Skip to content