ROMPIN, 28.6.2023: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 1:15 pagi yang berlaku Jalan Rompin – Endau, Kampung Batu 8 Pontian, Pahang.
Anggota Bomba daripada BBP Kuala Rompin seramai 8 orang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama 2 jentera sebaik menerima panggilan.
Pegawai Operasi, PBK II KUP Rosly bin Mohd Zin melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori tanker.
Seorang lelaki dewasa daripada kereta Perodua Myvi dilaporkan telah tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala, seorang lagi perempuan dewasa bersama seorang bayi lelaki mengalami kecederaan. Pemandu lori tanker, iaitu lelaki dewasa turut tercedera.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Rompin dengan menaiki jentera Unit EMRS dan ambulan KKM.